Fasiliti Amalan

a. Setiap fasiliti amalan perlu mempunyai bilik khas untuk rawatan yang dilengkapi dengan sebuah katil rawatan, troli peralatan dan bekas sampah yang sesuai (rujuk lampiran 3: Rajah 3, 4, 5 dan 6). Pengasingan sisa klinikal perlu dilakukan menggunakan beg sisa berdasarkan kod warna yang telah ditetapkan (rujuk pada Garis Panduan Mengurus Sisa Klinikal di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, 2009).
b. Bilik rawatan perlu mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
c. Satu jadual berkala pencucian perlu diadakan dan dipatuhi untuk memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selamat
d. Satu cara mengurus tumpahan cecair, linen yang tercemar dan pembuangan sisa klinikal dan bahan tajam perlu diadakan (rujuk lampiran 2).