Amalan Perubatan Tradisional Melayu: Bekam

1. Pengenalan Bekam merupakan satu amalan tradisional yang diamalkan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia. Amalan ini melibatkan pengunaan cawan yang telah dikeluarkan udaranya untuk menghasilkan ruang udara bertekanan rendah (menghasilkan sedutan atau ruang separa vakum), dan diletakkan di atas permukaan kulit. Bekam juga dikenali sebagai badkesh, bahnkes, nuhang, bantusa, kuyukaku, gak hoi, hijamah dan pelbagai nama lagi[20] . Amalan bekam dipercayai diamalkan seawal tahun 3000 sebelum Masihi (S.M.). seperti yang direkodkan di dalam Ebers Papyrus iaitu salah satu buku teks perubatan yang tertua di dunia. Antara kandungan buku ini adalah mengenai penggunaan bekam oleh penduduk Mesir seawal tahun 1500 S.M. ahli arkeologis telah menjumpai bukti penggunaan bekam oleh penduduk di Cina seawal 1000 S.M. Berdasarkan salah satu hasil karya Hippocrates, amalan bekam dipercayai turut diamalkan oleh masyarakat Yunani pada 400 S.M. [8,21,25] Antara tokoh sejarah yang menyokong penggunaan bekam sebagai salah satu cara rawatan termasuklah Galen (seorang doktor yang terkenal dan ahli falsafah Roman berasal dari Yunani) [21,25] , Avicenna (atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sinna yang lebih menyukai bekam basah), Matre de Monderville (pakar bedah kepada Raja Philippe dari Perancis yang menulis buku teks pembedahan, termasuk satu bahagian mengenai bekam yang dihuraikan dengan terperinci) dan Nabi Muhammad S.A.W. yang bersabda, ”Penyembuhan adalah didalam 3 perkara: seteguk madu, berbekam dan pelecuhan. Tetapi aku melarang pengikutku menggunakan pelecuhan” [2,3,22,23,24] . Di dalam Musnad yang direkodkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya berbekam adalah diantara ubat terbaik” [2]. Di zaman Nabi Muhammad S.A.W berbekam merupakan amalan biasa. Tujuan berbekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor dari badan yang dipercayai boleh memudaratkan serta untuk mengurangkan risiko mengalami gejala-gejala buruk yang boleh menyebabkan penurunan tahap kesihatan[23] . Bekam dipercayai dapat membantu:  Mengeluarkan bahan toksin dan cecair berlebihan  Melonggarkan tisu-tisu yang telah melekat  Mengangkat tisu perantara connective tissue)  Mempertingkatkan pengaliran darah dalam otot dan fascia  Merangsang sistem saraf periferi Mekanisme keberkesanan bekam adalah dipercayai melalui kesan counter-irritaion dan detoksifikasi. Walaubagai manapun, masih tiada ujian saintifik yang dijalankan untuk menguji teori keberkesanan bekam ini. Terdapat beberapa keputusan kajian yang menggalakkan mengenai keberkesanan bekam, dan terdapat pengarang yang merumuskan bahawa “rawatan bekam berkesan untuk mengurangkan symptom dan kesakitan…”[16]. 

 2 Bekam dapat membantu dalam rawatan pelbagai jenis penyakit. Walaubagai manapun, ia tidak boleh menyembuhkan sesuatu penyakit. Sebaliknya, ia sekadar membantu mengurangkan simptom/kesan dan mengawal penyakit tersebut, iaitu sebagai rawatan pelengkap kepada rawatan standard. Bekam juga diamalkan sebagai rawatan pelengkap kepada amalan-amalan lain seperti urut, dan kebiasaanya, pengamal akan membekalkan ramuan herba untuk diambil oleh pelanggan selepas menerima rawatan bekam. Buat masa ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa dirinya sebagai seorang pengamal bekam. Oleh kerana rawatan bekam adalah berbentuk invasif, terdapat keperluan untuk pihak berkuasa mengawal selia amalan bekam ini. Secara ideal, seorang pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang menjalankan rawatan bekam perlulah mempunyai kelayakan bertaraf Diploma, mempunyai pengalaman bekerja di bawah pengawasan sekurang-kurangnya enam bulan, atau bersamaan dengan pembentangan sebanayak 40 kes. Pada masa hadapan, amalan bekam ini hanya boleh dijalankan oleh pengamal PT&K yang mempunyai kelayakan bertaraf diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan sahaja. Penekanan kepada latihan adalah amat penting pada zaman ini kerana kemunculan penyakit berjangkit bawaan darah seperti HIV/AIDS, Hepatitis B dan Hepatitis C. Justeru itu, adalah penting untuk membangunkan dan melaksanakan suatu garis panduan yang memberi tumpuan kepada pengendalian pelanggan dan sisa klinikal yang betul, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kedua-dua pelanggan dan pengamal sentiasa terjamin. 


0 ulasan:

Catat Ulasan