Amalan baik langkah berjaga-jaga

a. Pengamal dikehendaki memastikan standard langkah berjaga-jaga dalam penjagaan kesihatan (Lampiran 2) sentiasa diikuti pada setiap masa dan semua pengurusan sisa klinikal perlulah mematuhi garis panduan pengurusan sisa klinikal (rujuk pada Garis Panduan Mengurus Sisa Klinikal di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, 2009 dan Lampiran 3).
b. Bagi memastikan bahagian badan yang digunakan untuk rawatan bekam basah tidak dijangkiti kuman, pengamal perlulah menngunakan lanset steril pakai buang.
c. Permukaan kulit di bahagian badan yang akan digunakan untuk bekam basah perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan 70% isopropyl alcohol dan dibiarkan kering sebelum membuat torehan.
d. Semua peralatan bekam perlu dicuci hama dan disterilkan mengikut kaedah pensterilan dan disinfeksi (lampiran 1) yang bersesuaian sebelum digunakan pada pesakit.
e. Pengamal dikehendaki menggunakan peralatan perlindungan peribadi terutamanya sarung tangan semasa prosedur rawatan dan mesti memastikan tahap kebersihan diri sentiasa dijaga.

0 ulasan:

Catat Ulasan