Dokumentasi

a. Pastikan bilangan, jenis cawan yang digunakan dan tempat aplikasi peralatan bekam direkodkan.
b. Anggaran jumlah darah yang dikeluarkan/dibuang semasa bekam basah perlu didokumenkan dengan jelas.
c. Pelanggan yang menjalani rawatan bekam perlu dipantau untuk sebarang komplikasi atau kesan sampingan yang mungkin berlaku dan langkah sewajarnya yang telah diambil perlu direkodkan.
d. Dapatkan keizinan pelanggan sebelum rawatan dimulakan. Pesakit perlulah kompeten untuk memberi keizinan. Untuk pesakit dibawah umur (umur 18 ke bawah) dan kurang upaya mental, dapatkan keizinan untuk rawatan daripada penjaga atau waris terdekat.

0 ulasan:

Catat Ulasan