Prosedur Rawatan

Peralatan untuk berbekam
a. Alat bekam - cawan Peralatan bekam boleh diperbuat daripada pelbagai bahan. Peralatan bekam yang digunakan pada zaman dahulu diperbuat daripada tanduk kerbau, buluh, tembaga atau tembikar. Walau bagai manapun, peralatan bekam moden kebanyakannya diperbuat daripada kaca, dan mempunyai injap pada bahagian atas cawan yang bertujuan untuk mengeluarkan udara menggunakan pam. Teknologi ini membolehkan penghasilan tekanan rendah atau ruang separa vakum di dalam cawan bekam tanpa perlu memanaskan udara sebelum diaplikasikan kepada pelanggan. Cawan–cawan ini perlu disterilkan selepas setiap sesi rawatan, dan cawan yang sama tidak boleh tidak boleh digunakan pada tempat yang berbeza atau pada pelanggan yang lain. Pastikan saiz cawan adalah bersesuaian dengan tempat yang akan diaplikasikan.
b. Lanset steril pakai buang
Hanya lanset pakai buang sahaja yang digunakan untuk menoreh kulit semasa prosedur bekam basah dilakukan.

0 ulasan:

Catat Ulasan