Pemantauan rawatan

a. Pelanggan yang menjalani rawatan bekam perlu dipantau untuk sebarang komplikasi atau kesan sampingan yang mungkin berlaku.
b. Jumlah darah yang dikeluarkan/dibuang semasa bekam basah perlu dipantau dan rawatan perlu dihentikan sekiranya berlaku pendarahan yang berlebihan. Jumlah darah yang boleh dikeluarkan/dibuang daripada seorang pelanggan pada satu sesi rawatan tidak boleh melebihi 10 ml/kg (contohnya seseorang yang berat badannya 45 kg kehilangan darah berjumlah 450 ml atau kurang). Maksimum jumlah kehilangan darah yang selamat adalah hanya 450 ml untuk setiap kali prosedur.
c. Selepas prosedur, pengamal perlulah memantau pendarahan agar tidak melebihi 15 minit. Pelanggan yang disyaki mengalami pendarahan yang berpanjangan perlu dirujuk kepada pegawai perubatan secepat mungkin selepas langkah bersesuaian untuk mengawal pendarahan tersebut diambil (contohnya penggunakan pressure bandage).
d. Semua pelanggan yang telah menjalani bekam basah perlu dipantau selama sekurangkurangnya 15 minit selepas prosedur. Pengamal juga perlu mengenal pasti pekerjaan pelanggan tersebut kerana sekiranya risiko pengsan (selepas bekam darah) boleh memudaratkan atau membahayakan nyawa pelanggan atau orang lain, (contohnya pemandu kapal terbang, pemandu bas dan doktor bedah), pelanggan tersebut hendaklah dinasihatkan untuk tidak bekerja untuk lebih kurang 12 jam. Ini amat penting terutama sekali apabila jumlah darah yang dikeluarkan/dibuang adalah maksimum (450 ml).

0 ulasan:

Catat Ulasan