Kriteria Rawatan

Peringkat umur yang dibenarkan untuk berbekam[1,2,4] Pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan ekam mestilah berumur antara 10 hingga 65 tahun. Bagi pelanggan yang berumur lebih daripada 65 tahun, berbekam boleh dilakukan sekiranya mempunyai tahap kesihatan yang baik. 

Indikasi[1,2,4,5,9,10,11,12,13,14,15] Bekam boleh dilakukan sebagai rawatan untuk beberapa masalah kesihatan yang berkaitan dengan system otot-kerangka, serta sebagai amalan penjagaan dan untuk meningkatkan tahap kesihatan secara umumnya. Ia boleh digunakan untuk masalah-masalah kesihatan seperti berikut:

a. Untuk mengurangkan kesakitan (kronik dan akut) 
b. Keadaan inflamasi (sebagai contoh dalam rheumatoid arthritis) 
c. Untuk ketenangan mental dan fizikal 
d. Sebagai suatu cara urut tisu dalaman 
e. Untuk kesakitan ketika haid, masalah tidak datang haid dan kitaran haid yang tidak tetap 
f. Penyakit berkaitan sistem penghadaman seperti gastritis dan ketidak hadaman 
g. Penyakit paru-paru seperti batuk yang kronik dan asma 
h. Untuk merawat insomnia 
i. Dalam kes lumpuh

0 ulasan:

Catat Ulasan